Nuffnang Ads

Wednesday, 16 April 2014

Penjagaan sugar glider

Sugar Glider adalah haiwan kecil yang sangat jinak dan comel. Seperti tupai, tapi dengan saiz yang lebih kecil. Jangka hayat bagi SG boleh mencecah sehingga 15 tahun. Biasanya,SG diperlihara secara berpasangan kerana mereka perlukan kasih sayang yang sangat banyak. Kenapa name die sugar glider? sebab die suke melompat, jalan pon melompat.

SG boleh diperoleh dari harga RM150, bergantung dimana anda membelinya, sama ada secara Cash on delivery (COD), beli di kedai haiwan (eg: kedai dlm mall, Danau Kota). Berhati-hati dalam membeli SG baik online mahupun face to face. takut kene tipu.

PENJAGAAN SUGAR GLIDER:

1. Tempat tinggal
SG tinggal dalam sangkar, beli lah sangkar yang sesuai mengikut bilangan SG, lagi besar, lagi bagus. Boleh die bermain dengan puas. Pastikan anda RAJIN dan PEMBERSIH. sangkar SG perlu kerap dibersihkan untuk mengelak sebarang jangkitan kuman, bakteria dan semut.

2. Makanan
Makanan SG sangat sensitif. Banyakkan protein,vitamin dan makanan yang berkhasiat. Contoh, pallet, ayam rebus, telur rebus, buah dan sayur segar (epal dll), Boleh beri snack juga, seperti fillet, buah kering dan meal worm. Berikan air suam (sudah dimasak) dan bukan air paip.

3. Bermain
Belikan alat untuk SG bermain agar die sentiasa aktif. Pastikan barang permainan selamat dan tidak mengandungi material yang bertoksid. Luangkan masa untuk bermain bersama SG anda agar ikatan (bond) dapat dieratkan.


  
Akhir sekali, join group2 SG, sama ada perjumpaan mahupun di FB, seperti SUGAR GLIDER MALAYSIA untuk mendapatkan nasihat, tips dan berkongsi cerita.





1 comment:

  1. Nak jual tak? hehe.. COD uthm

    ReplyDelete