Nuffnang Ads

Thursday 13 November 2014

Menggunakan Fuseki dan fail ontologi

Kita dah berjaya install Fuseki, sekarang kita main dengan Fuseki pula,

1. Upload fail ontologi contoh: gender.owl



2. Sekiranya success, fuseki dapat membace triples yang ada didalam ontologi seterusnya menyimpan data tersebut dalam servernya.



3 Query : Taip atau copy/paste code untuk query RDF dari ontologi



4 Result: Paparan hasil quey untuk Subject and Object



5 Update: Update data ontologi yang telah di upload tadi


Ain dalam tempoh nak memahami Fuseki ni, masih belajar. Nanti update lagi... =)


Masalah untuk install Fuseki

Mungkin ada yang gagal untuk update fuseki server, terdapat beberapa punca, antaranya:

1. Tiada java dalam machine anda.
  • Download folder java yang terbaru, (ain guna java 1.7.0)
  • Copy location bin java, (C:\Program Files\Java\jdk1.7.0_55)
  • Right click Computer > Properties > Advanced System Setting >  Environments Variables. Lihat System Variable dan cari Path > edit.
  • Paste link Java tanpa membuang link asal dalam Path
  • Sekarang, taip semula command update untuk fuseki.


2. _JAVA_OPTIONS
   
    Dalam user variable,  tambah  variable = _JAVA_OPTIONS dan value = -Xmx512M


   

















3. Internal Memory (RAM) kecil.
    2gb xckup, sekurang-kurangnya machine anda mempunyai spec 4gb RAM. Pergi kedai, upgrade         RAM. Lepastu taip command update fuseki..



Setelah selesai step 1 /2, jalan command update. lihat tutorial cara install fuseki


=)

Terjadi pada diri sendiri.. Seminggu buat tak succes, last-last terpaksa jumpa En.Zanes untuk minta tolong, Terima kasih sangat =) Semoga en bejaya siap kan Phd dengan jayanya.. Insya Allah.

Terima kasih juga pada en. tunang sebab tolong tukarkan RAM ke 4gb....sayang sangat =)  Walaupun melayang RM125..tapi duit boleh dicari kan..hahha


~Terima kasih Allah


Cara install Fuseki


Fuseki bertindak sebagai server untuk SPARQL. SPARQL sama seperti SQL, -yakni query data tetapi yang berbezanya SQL merupakan command untuk PHP, dan SPARQL untuk RDF. Fuseki juga membenarkan fail ontology untuk:-

  • upload
  • update
  • query

di dalam browser. Kemudian, kita boleh melihat result untuk aktiviti diatas terjadi tanpa mengubah fail yang asal. Berbeza dengan Protege, ianya merupakan tools untuk membina ontologi serta menjalankan query tetapi bukan di browser. Sebab tu, kita perlu install Fuseki untuk menjalankan aktiviti secara HTTP.

Langkah-langkah 


1. Download Fuseki di ( http://jena.apache.org/download/index.cgi )
2. Extract ke mana-mana folder, (masuk dalam C:/ je, senang nak cari.)

3. Buka cmd. Masuk ke dalam folder jena-fuseki. (Nama folder mungkin berbeza).
    Taip command (fuseki-server --update --mem /ds)



4. Buka localhost:3030 di browser

    



Berjaya!!

Opss, ada yang mungkin bermasalah? lihat masalah untuk install Fuseki




Tuesday 11 November 2014

PSM - membangunkan ontologi

Sem terakhir,.. tinggal beberapa subjek lagi untuk dihabiskan dan antara subjek yang paling menduga kecekalan hati adalah PSM. Development of Heart Disease Ontology menjadi cabaran yang ain terima. Tertekan tapi masih cuba selagi yang terdaya.

Ontologi menerangkan konsep untuk sesuatu perkara. Ia bukan pengkalan data tetapi menyimpan perbendaharaan kata agar setiap istilah mempuyai maksud yang boleh difahami bukan sahaja manusia tetapi komputer. Ini menjadikan komputer bersifat lebih pandai (intelligent) untuk mencapai kehendak manusia.

Terdapat pelbagai tools yang boleh digunakan untuk membangunkan ontology antaranya, Protege dan Jena. Bahasa yang digunakan meliputi XML, XMLs, RDF, RDFs dan OWL. Kalau kite menggunakan Protege, secara automatik, file akan disimpan dalam format .owl. 

interface Protege
Sebelum membina ontologi, adalah penting untuk kita memastikan jika terdapat sebarang ontologi yang berkait wujud. Jika ada,gunakan semula agar kita tidak perlu membina semula ontologi dari awal. Ontologi adalah open source, membenarkan perkongsian dengan sesiapa sahaja agar isi kandungan dapat ditambah untuk penambahbaikan.

Persoalannye, mengapa kita mengunakan ontologi?

Data didalam web dihubungkan melalui link. Untuk mencapai dari 1 sumber ke sumber yang lain, pengguna memerlukan keywords yang sesuai. Namun, masalah akan timbul sekiranya komputer gagal memahami apa yang pengguna mahukan. Dengan menggunakan ontologi, data antara pelbagai konsep dapat dihubungkan kerana wujudkannya hubungan / properties antara setiap terms.

Contohnya, 

sumber: http://www.daconta.us/briefs/why-ontology-general.pdf
Setiap terms dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan properties (warna merah). Andaikan, Tiket, RentalCar dan Hotel merupakan 3 ontologi yang berlainan tetapi digabungkan untuk membantu capaian maklumat dengan lebih tepat dan bermakna.

Kesimpulannya, ontologi merupakan satu kefahaman yang memerlukan lebih kajian dan pemahaman. Usaha yang berterusan perlu untuk membantu komputer dan manusia memahami antara satu sama lain.



fuhhh....




Tuesday 21 October 2014

Pengalaman di Rock Conquest Varsity Challange 2014


Lagi beberapa minggu sebelum tarikh competition, kami mula membuat persediaan dari segi penyertaan dan latihan. Memula, debar sangat nak masuk, sebab ain jarang buat latihan sem ni.. kalau datang wall pun, lepak sambil tengok budak-budak naik wall. Kami 9 orang daftar nama, tapi sorang sebagai simpanan. - in case kecemasan. (jakwan, faris, tuan, eadil, shafie,alip, mirul, fatin & ain). Dalam competition ni, kami hantar 4 team, wakil UTHM. 2 team kategori men & 2 team kategori mix. Terima kasih kepada rakan-rakan climb dan Pusat Sukan UTHM yang sangat supportive.

Antara cabaran yang ain rase adalah, ini merupakan KALI PERTAMA kami menyertai competition sejak 2 tahun penubuhan CRUXS (Climbing & Recreation UTHM Extreme Sports) di UTHM, Selain itu, kami jarang didedahkan dengan rock climbing memandangkan di UTHM cuma ada wall sahaja, Kami pernah main batu dulu di Gua Musang, tapi itu dulu...sekali je.. Pernah juga buat bouldering di Bukit Payung, tapi hanya ain dan eadil yg pergi. Lagi, Ain tak pernah lead. Lagi 3 hari nak competition, ain berlatih lead di wall, tapi separuh jalan, lepas tu fall. haha..sakit kot. momentum jatuh tu lain macam sakitnya,, die tarik muscle dari peha sampai ke pinggang! tapi sakit sekejap je.

Gua Damai
Wall UTHM

18 Okt 2014 - Sabtu
Kami bergerak ke Gua Damai Batu Caves, tapi sebelum tu, wajib breakfast di kedai mamak. Sampai disana, kami membuat sedikit latihan lead dan top rope. Sebenarnya, agak sukar bagi kami bermain di batu sebab latihan kami setiap hari adalah di wall. Memang berbeza dan semestinya wall lagi susah.

latihan

Namun cuaca tidak begitu mengizinkan, kami hanya sempat membuat beberapa route sahaja. Pada pukul 4, kami terpaksa beredar dari sana disebabkan hujan yang sangat lebat, lagipun, kami harus melindungi barang-barang kami seperti tali, harness dll dari serangan air.

hujan yang turun..lalala

Pada waktu malam, diadakan sesi pendaftaran. tapi ain dan fatin tak pergi, sebab ikut en.tunang reunion dengan budak PLKN. hehe.. Anyway, thanks to my fiancee coz teman i for a whole day and tolong pick up and hantar.. =)

19 Okt 2014 - Ahad
Jam 8 pagi, kami bergerak ke Gua Damai. Kami membuat confirmation di meja pendaftaran dan bersarapan. Seterusnya, kami dikehendaki untuk check equipment dan membuat sedikit demo (pasang tali belay & climb, climb on & belay on, fall dan lower). Pada jam yang awal, diadakan closed competition untuk peserta UiTM sahaja iaitu tope rope. Kemudian, baru kami dipanggil untuk Open IPT. Sedikit briefing diberi sebelum pertandingan dimulakan.

Kami diberi masa selama 2jam 30 minit untuk melengkapkan mana-mana 23 route yang berlainan dengan melakukan top rope dan lead. Kami diberi score card bewarna kuning dan kad tersebut perlu diberi kapada petugas di setiap route. Di setiap route terdapat 3 check point (b1, b2 & top) yang harus dicapai agar point dapat diberi di score card. Setiap route juga mempunyai point masing-masing dengan nilai minimum 500 point. 

bebel banyak-banyak ni..faham tak?

bajet serius
Dalam masa 2 jam setengah tu, ain rasa ini pencapaian terbaik untuk pertama kalinya. Tak pernah naik banyak camni. Top rope sebanyak 9x antara ain & mirul (my partner - mix) tapi 1 xclear. anyway, it's a good achievement i ever had in my life. Lead?? my god, tak sanggop nak buat, tenaga dah berkurang. lagipun, masih tak berani nak lead.



Dalam competition ni, kami xdapat placing dan ain memang tak berharap pon dapat sebab training yang tersangat lah sikit. But, the most important things, i'm so happy and enjoy my climb. berbalik kepada tujuan awal kami masuk competition ini adalah untuk promote club climbing yakni CRUXS di persada dunia..cewahh.


next time, i'll upload some of our great pics. =)
korang, tengok Video Rock Conquest Varsity Challange ni..check it out.. Best sangat!.


p/s: gambar ikhsan dari fb Rock Conquest
- sorry kalau ada kesilapan text al maklumlah kamus climb ni macam2.. peace yoo!

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Tuesday 19 August 2014

15 gambar sekitar majlis pertunangan

Tanggal 9 Ogos 2014, datanglah rombongan lelaki untuk mengikat tali pertunangan di kediamananku. Bertemakan pink dan biru, majlis begitu meriah dengan kehadiran saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

dan aku,....hanya mampu memunajatkan rasa kesyukuran diatas limpah dan kurnia dari yang Maha Esa...
Gambar dari Rosli Bidin Photography. Belum edit lagi, insyaAllah...ade kesempatan nanti, edit sikit.. =)


majlis meyarungkan cincin

hantaran lelaki dan perempuan

sireh junjung 

bersama mother in law to-be ;)

ibu tercinta, terima kasih

adikku sayang

die dan anak buah yang comel

berlatar belakangkan mini pelamin pilihan

qaisara shakira & qaisara fakeha

rakan-rakan

keluargaku

dengan si chomel

kami

my mak andam

dengan atok dari pahang

alhamdulillah, selesai sudah majlis...
ditambah pula dengan pujian keatas hidangan yang disediakan...istimewa masakan kampung;
  • masak lemak terung cili api dengan ikan salai
  • keladi masak asam rebus
  • rebung masak lemak cili api dengan udang
  • ulam-ulaman (jantung pisang, kacang botol) & sambal
  • pecal 
  • laksa
  • kerabu pucuk paku
  • ikan bilis sambal petai
  • ayam gorang berempah 
  • air buah (tembikai & mangga)
haa....banyakkan makanan...target untuk 100 tetamu..Alhamdulillah habis...tinggal laa semangkuk due untuk kami sekeluarga.

terima kasih kepada abang rosli yang merakamkan detik indah ini. Seronok sangat tengok gambar walaupun ade beratus-ratus, tak jemu rasanya. Kepada my mak andam, Nurul Nadia..terima kasih juga kerana memberikan sentuhan yang sangat natural di majlis ini.

Terima kasih tidak terhingga untuk semua yang terlibat terutamanya, emak dan abah...adik beradik,..si dia dan keluarga, sanak saudara, jiran tetangga serta rakan yang menyokong.. =)




Sunday 10 August 2014

Merancang Majlis Pertunangan

Kepentingan majlis pertunangan bergantung kepada individu masing-masing. Ada yang merasakan lebih baik berkahwin terus, atau mengadakan majlis yang simple atau mungkin yang besar-besaran. Apa-apa pun, perkara yang paling penting adalah memastikan keseluruhan majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Jangka masa bagi melangsungkan majlis juga bergantung kepada kemampuan pihak terbabit. Merancang majlis dengan awal dapat membantu anda supaya bersedia, mengelak kelam kabut serta menghindari pembaziran. Selain itu, anda akan kurang berasa 'duit mengalir dengan deras'.

Sebelum majlis pertunangan, sudah tentu majlis merisik telah diadakan, kekalkan hubungan mesra anda bersama bakal mertua serta pasangan bersama kelurga anda. Pastikan si dia datang berbincang dengan keluarga anda tentang majlis yang bakal berlangsung..


Berikut adalah senarai semak untuk majlis pertunangan:
  1. Jemputan
  2. Kenduri / Makan-makan
  3. Pelamin / Bilik berhias  (pilihan) & Kemasan rumah
  4. Hantaran
  5. Persedian diri
  6. Baju tunang
  7. Pengerusi & butiran majlis
1. Jemputan
Tentukan jumlah jemputan anda. Biasanya majlis pertunangan akan dihadiri oleh sanak saudara dan rombongan lelaki.Namun, boleh juga jika mahu menjemput jiran terdekat serta rakan baik. Hal ini pasti memeriahkan majlis. Tetapi awas, terlalu ramai jemputan juga mungkin mengganggu kelancaran majils kerana perbincangan untuk perkahwinan dan masa depan anda sedang berlangsung.

2. Kenduri / Makan-makan
Sudah pasti selesai perbincangan serta majlis tunang, tuan rumah akan menjamu tetamu. Namun, sebesar manakah jamuan tersebut? Jika ramai tetamunya, pasti anda memerlukan ruang yang besar dan selesa dan begitulah sebaliknya. 
Berikut adalah perkara yang boleh diambil perhatian:
  • Tempat makan (Khemah/ dalam rumah)
  • Rewang / Ketering
  • Menu
  • Doorgift (Pilihan)
Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya katering banyak membantu anda mengawal kewangan. Tetapkan jumlah keselurahan dan anda tidak akan tersasar dari bajet.  Terdapat pihak yang menyediakan makanan dan bekas makanan tanpa pelayan. Biasanya harga yang dikeluarkan mengikut kepala. Berbanding dengan rewang, ia menjadi masalah bagi mereka yang baru pertama kali kerana sukar mengawal bajet. Ada sahaja bahan yang perlu dibeli dan ditambah-tambah. Belum termasuk pinggan mangkuk, tray dan periuk belanga, jika anda memilikinya, ia menjadi bonus, jika tidak, anda mungkin terpaksa menyewa. Jadi, sila buat kira-kira, berapa untung rugi untuk majlis tersebut.

3. Pelamin / Kemasan rumah
Ada sesetengah individu mungkin mahukan pelamin untuk majlis sarung cincin atau mungkin juga dibilik. Ia bergantung kepada si bakal tunang dan keluarga. Pelamin membantu photographer untuk merakamkan hari indah anda dengan lebih cantik serta memudahkan ahli keluarga serta sahabat handai untuk bergambar. Sungguhpun demikian. perkara yang sangat penting adalah memastikan rumah anda sentiasa kemas berbau harum. Jika rumah anda mempunyai ruang yang sempit, keluarkan perabot seperti kerusi dan meje agar ruang tersebuat nampak lebih luas. Mengikut adat, majlis pertunangan biasanya akan dilakukan secara duduk bersila sebagai lambang orang melayu. Jadi biarlah ruangnya sesuai dengan kedatangan tetamu.

4. Hantaran
Berbincanglah dengan pasangan anda, apakah barang yang diingininya dan seelok-eloknya, belilah bersama-sama. Hal ini penting untuk mengelakkan anda daripada tersalah saiz atau pilihan warna. Selain itu, tetapkan bajet barang serta pilihan dulang hantaran. Adakah anda mahu membeli siap atau menggubah sendiri dulang tersebut. Survey banyak kedai dan jangan mudah tertarik dengan sebuah kedai sahaja kerana promosinya. Jika mahu membuat bunga rampai dan buah-buahan, bolehlah dilakukan pada malam sebelum majlis. Kek juga boleh diambil pada malam tersebut atau sebaiknya pagi majlis.

5. Persedian diri
Pastikan anda sentiasa bersedia untuk menghadapi hari tersebut dengan:
  • Mempunyai tidur yang cukup agar wajah tidak kusam. 
  • Menanda checklist untuk majlis anda
  • Potong kuku atau membuat manicure 
6. Baju tunang / Dandanan
Perkara penting adalah baju tunang. Tidak menjadi masalah kepada lelaki kerana mereka boleh mengenakan baju kemeje atau terus membeli kerana kurang pilihan. Tetapi, ia adalah masalah kepada si perempuan kerana biasanya mereka mahu kelihatan cantik dan berseri-seri. Tentukan make-up anda sama ada sendiri atau mak andam. Jika anda mahu berjimat, minta sanak-saudara atau sahabat anda untuk melakukannya. Pastikan make-up anda nipis dan bersifat 'natural' untuk menyerlahkan kelembutan anda.

7. Pengerusi & butiran majlis
Tentukan siapa pengerusi majlis. Biasanya mereka terdiri daripada saudara anda atau ahli masjid. Berbincanglah bersama ahli keluarga pada malam sebelum majlis tentang butiran pertunangan serta perkahwinan anda. Tulis point tersebut walaupun masih belum diputuskan oleh pihak lelaki. Ini bertujuan mencapai kata sepakat dengan lebih cepat sewaktu majlis berlangsung. 
Berikut adalah butiran yang penting oleh pihak perempuan: 
  • jumlah hantaran
  • majlis akad nikah 
  • majlis batal air sembahyang
  • majlis walimatul urus kedua belah pihak 
Jumlah hantaran
Tentukan jumlah hantaran min/max. Ada pihak perempuan yang tidak kisah tentang jumlah hantaran dan ada yang mengenakan dengan kadar yang tinggi. Ini bergantung kepada kemampuan masing-masing. Biasanya wang hantaran akan digunakan oleh pihak perempuan pada majlis mereka. Jika tidak cukup, mereka akan menambah sendiri peruntukan tersebut. Tidak menjadi masalah juga jika kedua-dua belah pihak mahu berkongsi wang hantaran namun tidak perlulah diuar-uarkan kepada umum.

Majlis akad nikah
Tentukan tarikh, lokasi dan masa untuk majlis akad nanti. Anda boleh melakukannya di rumah atau masjid.

Majlis batal air sembahyang
Tentukan bagaimana anda mahu membatal air sembahyang sama ada cincin, gelang tangan/kaki atau rantai. Anda hanya mencadang sahaja. Dengar dahulu tawaran daripada pihak lelaki.

Majlis walimatul urus kedua belah pihak
Putuskan sama ada anda mahu mengadakan majlis walimatul urus atau tidak. jika ya, adakah anda mahu bergabung atau membuat masing-masing. Bergabung majlis dapat membantu anda berjimat kerana hanya perlu berbelanja sekali sahaja.


Picture of me!

Wednesday 16 April 2014

Penjagaan sugar glider

Sugar Glider adalah haiwan kecil yang sangat jinak dan comel. Seperti tupai, tapi dengan saiz yang lebih kecil. Jangka hayat bagi SG boleh mencecah sehingga 15 tahun. Biasanya,SG diperlihara secara berpasangan kerana mereka perlukan kasih sayang yang sangat banyak. Kenapa name die sugar glider? sebab die suke melompat, jalan pon melompat.

SG boleh diperoleh dari harga RM150, bergantung dimana anda membelinya, sama ada secara Cash on delivery (COD), beli di kedai haiwan (eg: kedai dlm mall, Danau Kota). Berhati-hati dalam membeli SG baik online mahupun face to face. takut kene tipu.

PENJAGAAN SUGAR GLIDER:

1. Tempat tinggal
SG tinggal dalam sangkar, beli lah sangkar yang sesuai mengikut bilangan SG, lagi besar, lagi bagus. Boleh die bermain dengan puas. Pastikan anda RAJIN dan PEMBERSIH. sangkar SG perlu kerap dibersihkan untuk mengelak sebarang jangkitan kuman, bakteria dan semut.

2. Makanan
Makanan SG sangat sensitif. Banyakkan protein,vitamin dan makanan yang berkhasiat. Contoh, pallet, ayam rebus, telur rebus, buah dan sayur segar (epal dll), Boleh beri snack juga, seperti fillet, buah kering dan meal worm. Berikan air suam (sudah dimasak) dan bukan air paip.

3. Bermain
Belikan alat untuk SG bermain agar die sentiasa aktif. Pastikan barang permainan selamat dan tidak mengandungi material yang bertoksid. Luangkan masa untuk bermain bersama SG anda agar ikatan (bond) dapat dieratkan.


  
Akhir sekali, join group2 SG, sama ada perjumpaan mahupun di FB, seperti SUGAR GLIDER MALAYSIA untuk mendapatkan nasihat, tips dan berkongsi cerita.





Thursday 10 April 2014

Gambar comel sugar glider

Ain ade sugar glider..comel sangat.. so adorable. Kesayangan ain Pico & Cici. Ade Coco dulu,tapi dah jual kt orang, Coco ni my bodyguard yang jage, tapi die tak boleh jage sebb terlalu buzy. Dorang selalu buat bunyi pelik2, buat sepah, kuku cepat panjang, salalu pee and poo dan macam2 ragam lagi. Tapi, ape pon dorang wat, ain xley marah..sebab sayang sangat.

Sugar glider ain suke makan epal, pallet and fillet. ain takut nak bagi makan pelik2, takot die sakit perut. Nak bagi lain2 pon, ain bg buah lai, melon, carrot, telor rebus..tu pon takot2 nak bagi. Pico sekarang gemok betol, die kuat makan, nasib baik comel.. =)

Dorang kuat tido. kalau tido tu dari pukol 10pg - 3 pagi. 3 pagi waktu dorang paling aktif giler2,..sangkar tu bergoyang2.. kekuatan berkali ganda. time ni memang makan banyak. kene letak epal sepotong and pallet. esok pagi tgok dah bersepah2.

Ain akan lapik sangkar dengan kain. setiap pagi ain akan tukar dan basuh kain dorang. Hancing ~.. lagipon ain taknak dorang terdedah kpd bakteria. Mule2 mcm malas jugk, tapi lame2, ain dah terbiase. bangun tido mesti tgok dorang,settle an sangkar, dan tambah makanan kalau perlu.

Dorang suke sangat susu, tapi susu mahal. beli 1 bekas je..lepastu, minom air suam je...Pico & Cici pandai minom dri btol dorg..hik3x..comel sangat..

Pico termenung

Comelnye pico tido

Pico berjalan-jalan

Pico, cici & coco sedang tido.

pico comel sangat

Pico lagi


Coco tgh climb

3 ekor kucing hitam dan coco

ape tengok2
  
pico tido lagi
  
jalan-jalan tepi tasik

makanan deme

aloloo pico

p/s: Nampak tak asik cakap pasal pico j..hahaha...pico anak emas..tp sayang cici n coco jugak.. ;)