Nuffnang Ads

Tuesday 9 August 2016

Delivery service format/repair laptop / PC

Hi


Ada sesiapa yang nak repair laptop/PC tapi malas nak pergi kedai? Contact je bro ni,die boleh tolong.
Delivery + service = bermula RM 50 sahaja.

Percuma delivery untuk area KL & Seri Kembangan.


Dijamin cepat dan puas hati...

Boleh contact 012-9127046 (acap)


Monday 8 August 2016

Pembayaran PTPTN melalui akaun 2 KWSP

Salam

Ok, aritu ain dah cerita tentang Menukar Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa

Kali ni nak cerita bagaimana nak bayar tunggakan PTPTN melalui akaun 2 KWSP.

Simple je..


Pergi PTPTN


  1. Cakap nak buat bayaran PTPTN melalui KWSP
  2. Dapatkan surat perjanjian PTPTN yang ditandatangani. (ori & fresh dari dia) -boleh buat copy untuk simpanan sendiri

Pergi KWSP


  1. Masa minta no giliran kt pegawai nanti, akan dapat borang.
  2. Isi borang tu.
  3. Sertakan salinan yang dia minta: 
  • Perjanjian asal PTPTN
  • Penyata
  • Sijil / Transkrip  yang ori. (salinan pon ain buat)
  • IC

Dalam masa 14 hari,dah boleh settle, insyaAllah..

Cuma, point no 2, "penyata" tu..ain ingat2 lupa, rasa mcm xpayah..sebab KWSP dah ade rekod penyata.





abg PTPTN tu yg tulis.. =P



Sunday 7 August 2016

Kehidupan di London

Susulan entry dari The Voket ,
5 Tip Daripada Pengalaman Aku Buat Anda Yang Nak Cuba Cari Kerja Di UK 


Aku nak ulas sikit, sikit je..

Melancong berani lagi..nak cari kerje takut sikit..

Tapi teringin tu ade..


Teringat lagi..

Orang kt sane, jalan laju sambil pegang cawan kopi, ☕

xtau lah ke kaki aku yg pendek..sebb tu jalan lambat..😂 Jalan suke seret kaki lagi. Kalau bos besar dengar..die marah.

Sampai Malaysia, aku xboleh stop minum kopi, xtau..mcm ade sesuatu..kalau nampak Starbuck tu..meleleh2 ase..cawan kopi tu..suke betul aq dpt pegang..

Dalam train, dorang bace novel, newspaper sambil makan epal..isy..style gile..
Tengok muke mcm gangster, ade tatoo..baju macam ape tah....sekali bace buku sandar kt tiang..

Cair...😱


Kat Paddington, aku stay kt Royal Cambridge Hotel. Cafe hotel die kecik sgt, tapi teratur, meje yg comel, pasu bunge yg comel..dapur pon comel sgt. Pelayan pon comel. Dengan rambut panjang terikat,asik senyum je.. Dorang pandai susun atur tempat yang sempit. Aku suke.


Ade 1 shopping mall ni, Primark, ade sorang cashier die pakai tudung, macam ok je die kerja situ..Tak nampak sebarang diskriminasi..Tapi, xtahu lah kan..cerita sebaliknya..


lepas shopping di Primark


Ada macam2 kerja di sana, tapi bukan mudah nak mula. Nak lawan emosi lagi, Mental kene kuat..


Serius,aq rindu london..😌

Membuak-buak hati ni nak pergi lagi sane..


#menungjauh




Sunday 24 July 2016

GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler


Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua 





Siapa berminat dengan kompilasi travelog 7 benua ni, boleh join giveaway die. Kot2 dapat cabutan hadiah..hihi

Cara nak join?

Jom klik sini..


=)
Good luck!


Wednesday 20 July 2016

Training e-marketplace di 11street


Hi,

Harini ain nak share 1 aktiviti ain, training marketplace di 11street di NU Sentral 2, Kuala Lumpur.

Ok, mula-mula sekali, bagaimana ain boleh join training ni?

Ain baru je mendaftar sebagai seller di 11street tetapi menggunakan akaun syarikat kerana ia memerlukan form 9, GST jika ada, no akuan dan pelbagai lagi form syarikat, Bila dah siap mendaftar, ain try upload 1 barang, tapi ain tak faham struktur sistem ni. Dah godek2 tapi agak complicated, last2, ain mendafar training terus. Free sahaja!


Isnin - Upload product

Mase sampai di office ni, waa.. terkebil-kebil gak biji mate. - cantik!

Ala-ala company Google gitu..ada kerusi yang empuk, lukisan mural dinding, lantai pulak lukisan jalan raya, ada tiang penunjuk arah.semua unik!


Ruang menunggu

Kawan baru

Pantry die - i suke!

Lukisan dinding

Hi, =)

Kawan baru-dari company home appliance, Bosch

jalan raya

Ken-coach kami

Tengok gambar pon dah seronok. ok.. yang mengajar training kali ni adalah Ken, smart je orangnye, cakap laju, ain mcm terkebil-kebil gak,,haa..tp much better than before, langsung tak lepas nk up barang.


Hari k-2: Marketing

Harini ain belajar, more to marketing dalam 11treet. Memang kene pergi, tak sanggup kalau nak mengadap video tutorial, terlalu banyak step.


Antara yang kite kene ambil tahu:
  • Promotion - Cara buat promotion
  • Shocking Deals - Buat Jualan harga runtuh
  • Edit page My Store 
  • View Grade & Score - untuk lihat performance jualan
  • Increase conversion di 11street

Banyak lagi sebenarnya, tapi ape yang ain dah dapat, cukup lah..banyak2 masuk pun nanti, tapi kalau tak apply pon tak guna nanti.

Nanti korang boleh view page kami ea..sekarang masih under maintenance.



Ok, sampai sini sahaja. Bye!


Friday 3 June 2016

Giveaway Ramadhan by Himayya

[Sila klik banner diatas untuk menyertai giveaway ini]

Himayya dengan kerjasama makbanyakanak nak jemput blogger-blogger yg hebat dan comel untuk memeriahkan Giveaway Ramadhan by Himayya.

Himayya adalah satu brand tudung kanak-kanak yang sedang meningkat naik. Terdapat lebih 4 jenis tudung kanak-kanak yang sangat menarik dan eksklusif untuk dimiliki oleh mommy-mommy yang hebat untuk dipakaikan pada si comel mereka.

Di samping itu, Himayya juga mempunyai koleksi-koleksi eksklusif tudung dewasa untuk dimiliki. Himayya menawarkan tudung sedondon ibu dan anak, yang tentunya akan menyerlahkan kecantikan ibu dan kecomelan anak di Hari Raya ini.

Wednesday 6 April 2016

Giveaway April Cash RM600 by Emas Putih

Salam.

Cash RM300 x 1 , Cash RM200 x 1
Cash RM50 x 2

Start : 5 April - 30 April 2016
Good Luck !


Undi disini >> Undi

Saturday 12 March 2016

Resepi Ayam Butter Mudah

Hi,

Hujung minggu macam ni apa kata kita masak ayam butter milk- mudah, senang dan sedap!


Bahan-bahan:

  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • 1/4 butter 
  • 1 sudu susu pekat
  • 1/2 cawan air
  • Tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Daun kari (penarik bau)

Cara-cara
  1. Panaskan minyak.
  2. Celupkan isi ayam dengan telur kemudian tepung. Goreng sehingga kuning keemasan. 
  3. Angkat ayam dan letak tepi.
  4. Cairkkan butter.
  5. Masukkan susu pekat dan air. Jika nak berkuah, lebih kan air. Kacau hingga sebati.
  6. Untuk pekat, boleh masuk (1 sudu tepung dicairkan dengan 1/4 cawan air panas)
  7. Masukkan daun kari. Kalau tiada pun tak apa. Tak perlu garam atau penambah perisa sebab butter dah masin dan susu dah manis
  8. Gaulkan kuah butter milk dan ayam goreng tadi.
  9. Siap!




Selamat berhujung minggu =)