Nuffnang Ads

Wednesday 10 June 2015

Ujian Programming Pegawai Tekonologi Maklumat di UM

Ain dapat email dari unit peperiksaan UM untuk menghadiri ujian programming bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41). Alhamdulillah, bersyukur dapat tapi ain tak memberi harapan setinggi gunung lah sebab email tu cc ke lebih 50 orang. Ini bermaksud, ramai calon yang dipanggil. 

Pagi hari kejadian, si suami tolong hantarkan ke Dewan Peperiksaan UM. Besar sangat dewan dia. Ain duduk sambil tenangkan diri. Malas nak study sebab ada bau-bau macam xdapat je. Haha..awal-awal dah surrender. 

Situasi dalam dewan macam dewan exam zaman u dulu. Kena isi kehadiran, tulis maklumat diri dalam buku jawapan dan check buku soalan. 

Soalan mencabar juga. Ada 2 kategori: objektif & subjektif. Okjektif ada 30 soalan dan subjektif ada 2 bahagian.

Untuk Objektif, soalan campur dengan PHP dan Java seperti maksud, ciri-ciri, error, output dll. Ok lagi, tak tahu pun boleh hentam, tapi bile masuk subjektif....errrrr!

Anda akan diberi situasi dan buat full code untuk situasi tersebut. Boleh pilih bahasa java, php atau c++. Pening jugak..Masa diberi 2jam. cukup-cukup sangat.. So, sekarang..kita tunggu result. Kalau senyap xdapat lah tu..hehhe


=)

Pendaftaran Buku Pink di Klinik Kerajaan

Pendaftaran buku pink boleh dilakukan di mana-mana klinik kerajaan & swasta. Tetapi ain memilih untuk buat di Klinik Kesihatan Ibu Anak Bangsar, sebab dekat dengan rumah. Nurse akan tanya banyak kali tinggal di mana, tinggal di mana, tinggal di mana. So, make sure klinik yang ibu2 sekalian pergi memang paling hampir dengan rumah yang ibu2 tinggal. 

Dokumen yang perlu dibawa:

1) IC isteri & suami
2) Kad kahwin / sijil nikah
3) scan baby (kalau ada)

Tempoh:

Kandungan dibawah 12 minggu. Jika kandungan lebih 12 minggu. Anda dikira late booking.

Checkup

Mula-mula, nurse akan check berat & tinggi. Kemudian, nurse akan tolong isikan maklumat buku pink. Dia akan berborak dengan kita secara santai untuk dapatkan maklumat diri disamping memberi nasihat, tips, panduan - refer kepada buku pink. Nurse akan cakap tentang penyusuan, pemakanan dan perancangan keluarga. 

Waktu ain dulu, lama jugak die borak, lebih 1/2 jam. Ain perlu datang lagi sekali untuk check darah sebab klinik offer pada hari rabu sahaja. Seterusnya, nurse akan check perut, breast and nipple. Nurse akan check kalau kite ada breast cancer ke atau masalah puting kedalam yang mana penting sewaktu penyusuan bayi. 

Next, ujian air kencing, hiv, hb (lihat kandungan gula dalam darah) dan tekanan darah sebelum berjumpa doktor untuk tindakan lanjut.

Doktor akan tanya a few soalan yang nurse dah tanya sebelum ni, so jawab je. Kemudian, dia akan tanya nak bersalin di mana sebab nanti doktor akan buat surat. Waktu ni, doktor akan buat appoinment untuk scan baby. Doktor pon akan check perut kite sekali lagi dan check degupan jantung.

Last sebelum balik, ain dapat appointment lagi untuk next checkup yang mana ada 3 appointment terkumpul setakat ni...huhu...kena cuti nampak gayanya,. Keseluruhan check up ni dari 8.30 smpai pukul 11. Tunggu x lama, tapi prosedur setiap checkup agak lama. Memang terperinci die buat. Terima kasih k.Salma & Dr. Feresa.

Terima kasih pada en suami yang cuti kerja untuk teman si isteri check up kali pertama. Lepas ni, ain boleh pergi sendiri je sebab belakang rumah, lagipun kesian die tunggu lama-lama. =)