Nuffnang Ads

Sunday, 10 August 2014

Merancang Majlis Pertunangan

Kepentingan majlis pertunangan bergantung kepada individu masing-masing. Ada yang merasakan lebih baik berkahwin terus, atau mengadakan majlis yang simple atau mungkin yang besar-besaran. Apa-apa pun, perkara yang paling penting adalah memastikan keseluruhan majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Jangka masa bagi melangsungkan majlis juga bergantung kepada kemampuan pihak terbabit. Merancang majlis dengan awal dapat membantu anda supaya bersedia, mengelak kelam kabut serta menghindari pembaziran. Selain itu, anda akan kurang berasa 'duit mengalir dengan deras'.

Sebelum majlis pertunangan, sudah tentu majlis merisik telah diadakan, kekalkan hubungan mesra anda bersama bakal mertua serta pasangan bersama kelurga anda. Pastikan si dia datang berbincang dengan keluarga anda tentang majlis yang bakal berlangsung..


Berikut adalah senarai semak untuk majlis pertunangan:
  1. Jemputan
  2. Kenduri / Makan-makan
  3. Pelamin / Bilik berhias  (pilihan) & Kemasan rumah
  4. Hantaran
  5. Persedian diri
  6. Baju tunang
  7. Pengerusi & butiran majlis
1. Jemputan
Tentukan jumlah jemputan anda. Biasanya majlis pertunangan akan dihadiri oleh sanak saudara dan rombongan lelaki.Namun, boleh juga jika mahu menjemput jiran terdekat serta rakan baik. Hal ini pasti memeriahkan majlis. Tetapi awas, terlalu ramai jemputan juga mungkin mengganggu kelancaran majils kerana perbincangan untuk perkahwinan dan masa depan anda sedang berlangsung.

2. Kenduri / Makan-makan
Sudah pasti selesai perbincangan serta majlis tunang, tuan rumah akan menjamu tetamu. Namun, sebesar manakah jamuan tersebut? Jika ramai tetamunya, pasti anda memerlukan ruang yang besar dan selesa dan begitulah sebaliknya. 
Berikut adalah perkara yang boleh diambil perhatian:
  • Tempat makan (Khemah/ dalam rumah)
  • Rewang / Ketering
  • Menu
  • Doorgift (Pilihan)
Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya katering banyak membantu anda mengawal kewangan. Tetapkan jumlah keselurahan dan anda tidak akan tersasar dari bajet.  Terdapat pihak yang menyediakan makanan dan bekas makanan tanpa pelayan. Biasanya harga yang dikeluarkan mengikut kepala. Berbanding dengan rewang, ia menjadi masalah bagi mereka yang baru pertama kali kerana sukar mengawal bajet. Ada sahaja bahan yang perlu dibeli dan ditambah-tambah. Belum termasuk pinggan mangkuk, tray dan periuk belanga, jika anda memilikinya, ia menjadi bonus, jika tidak, anda mungkin terpaksa menyewa. Jadi, sila buat kira-kira, berapa untung rugi untuk majlis tersebut.

3. Pelamin / Kemasan rumah
Ada sesetengah individu mungkin mahukan pelamin untuk majlis sarung cincin atau mungkin juga dibilik. Ia bergantung kepada si bakal tunang dan keluarga. Pelamin membantu photographer untuk merakamkan hari indah anda dengan lebih cantik serta memudahkan ahli keluarga serta sahabat handai untuk bergambar. Sungguhpun demikian. perkara yang sangat penting adalah memastikan rumah anda sentiasa kemas berbau harum. Jika rumah anda mempunyai ruang yang sempit, keluarkan perabot seperti kerusi dan meje agar ruang tersebuat nampak lebih luas. Mengikut adat, majlis pertunangan biasanya akan dilakukan secara duduk bersila sebagai lambang orang melayu. Jadi biarlah ruangnya sesuai dengan kedatangan tetamu.

4. Hantaran
Berbincanglah dengan pasangan anda, apakah barang yang diingininya dan seelok-eloknya, belilah bersama-sama. Hal ini penting untuk mengelakkan anda daripada tersalah saiz atau pilihan warna. Selain itu, tetapkan bajet barang serta pilihan dulang hantaran. Adakah anda mahu membeli siap atau menggubah sendiri dulang tersebut. Survey banyak kedai dan jangan mudah tertarik dengan sebuah kedai sahaja kerana promosinya. Jika mahu membuat bunga rampai dan buah-buahan, bolehlah dilakukan pada malam sebelum majlis. Kek juga boleh diambil pada malam tersebut atau sebaiknya pagi majlis.

5. Persedian diri
Pastikan anda sentiasa bersedia untuk menghadapi hari tersebut dengan:
  • Mempunyai tidur yang cukup agar wajah tidak kusam. 
  • Menanda checklist untuk majlis anda
  • Potong kuku atau membuat manicure 
6. Baju tunang / Dandanan
Perkara penting adalah baju tunang. Tidak menjadi masalah kepada lelaki kerana mereka boleh mengenakan baju kemeje atau terus membeli kerana kurang pilihan. Tetapi, ia adalah masalah kepada si perempuan kerana biasanya mereka mahu kelihatan cantik dan berseri-seri. Tentukan make-up anda sama ada sendiri atau mak andam. Jika anda mahu berjimat, minta sanak-saudara atau sahabat anda untuk melakukannya. Pastikan make-up anda nipis dan bersifat 'natural' untuk menyerlahkan kelembutan anda.

7. Pengerusi & butiran majlis
Tentukan siapa pengerusi majlis. Biasanya mereka terdiri daripada saudara anda atau ahli masjid. Berbincanglah bersama ahli keluarga pada malam sebelum majlis tentang butiran pertunangan serta perkahwinan anda. Tulis point tersebut walaupun masih belum diputuskan oleh pihak lelaki. Ini bertujuan mencapai kata sepakat dengan lebih cepat sewaktu majlis berlangsung. 
Berikut adalah butiran yang penting oleh pihak perempuan: 
  • jumlah hantaran
  • majlis akad nikah 
  • majlis batal air sembahyang
  • majlis walimatul urus kedua belah pihak 
Jumlah hantaran
Tentukan jumlah hantaran min/max. Ada pihak perempuan yang tidak kisah tentang jumlah hantaran dan ada yang mengenakan dengan kadar yang tinggi. Ini bergantung kepada kemampuan masing-masing. Biasanya wang hantaran akan digunakan oleh pihak perempuan pada majlis mereka. Jika tidak cukup, mereka akan menambah sendiri peruntukan tersebut. Tidak menjadi masalah juga jika kedua-dua belah pihak mahu berkongsi wang hantaran namun tidak perlulah diuar-uarkan kepada umum.

Majlis akad nikah
Tentukan tarikh, lokasi dan masa untuk majlis akad nanti. Anda boleh melakukannya di rumah atau masjid.

Majlis batal air sembahyang
Tentukan bagaimana anda mahu membatal air sembahyang sama ada cincin, gelang tangan/kaki atau rantai. Anda hanya mencadang sahaja. Dengar dahulu tawaran daripada pihak lelaki.

Majlis walimatul urus kedua belah pihak
Putuskan sama ada anda mahu mengadakan majlis walimatul urus atau tidak. jika ya, adakah anda mahu bergabung atau membuat masing-masing. Bergabung majlis dapat membantu anda berjimat kerana hanya perlu berbelanja sekali sahaja.


Picture of me!

1 comment: