Nuffnang Ads

Monday, 16 February 2015

Kad Jemputan Majlis Perkahwinan

Kad Kahwin ain buat di kadkahwincun.com yang terletak di Batu Pahat Johor. Haa, jauh x??

Masa awal-awal ain rancang nak buat kad kahwin jenis kertas kraf, survey-survey tengok kadkahwincun ade offer kertas jenis tu. Kebetulan ain memang study di Batu Pahat, so teruslah survey kedai die.

Haritu mereka ada buat offer Full Color free 3 items (Banner/Bunting/Signature/Button Badge/Props/Guest Book) = 49sen

Mase dengar 49 sen tu mahal.pening kepala dah, 49 sen x 1000 kpg = 490rm.. mahal tu..(kategori ain kira mahal tu).. Tapi bila difikir balik, ambil lah..Lepas bagi semua  maklumat, tak sabar lah kononnya nak tengok hasil...tapi tup2 lambat sangat siap...call banyak kali dah..xsiap lagi..Masa tu stress dah...

Kenduri bulan 1 2015, kad tengah buat bulan 11 2014. Baru nak hantar kilang untuk di print. Bulan 11- tiba-tiba plan berubah, abah nak ubah resepsi majlis..aaa sudah..pening double triple. Ain tanya kadkahwincun kalau mereka ada pendapat lain...tak ada cara dah kecuali tampal sticker,.. time tu berkecamuk, kad buruk lah nanti..tapi xnampak jalan dah..so..kami pon setuju untuk tambah duit buat sticker. Waktu tu terfikir,,,kan bagus kalau kad siap lambat lagi..xpayah tambah kos sticker..

Dah alang-alang menambah duit ni..suami pun ape lagi..macam-macam di pau nye..hehe..happy sangat, kami dapat banner 1 kpg, bunting 2 kpg, signature 5 kpg, props 20 btg & button badge 10 kpg. waaa..puas hati..semua free...Design die ain xkesah pun, janji maklumat tu cukup dan betul.

Bila kad dah siap, ain rasa lain..kad tu cantik sangat, warna die memang cantik..puas hati...kertas tebal dan licin.dan paling best, free gift die lah..macam-macam ada..

thanks kadkahwincun =)

banner

bunting

kad jemputan

penunjuk arah

props 20 btg die bagi..suka sangat




2 comments:

  1. Replies
    1. tengok harga kad..macam kes saya..49sen sekeping..so, around rm 500.

      Delete