Nuffnang Ads

Sunday, 22 March 2015

Insentif Perkahwinan Selangor dan Wilayah Persekutuan

Untuk pasangan Selangor (Muslim & non-Muslim) dan Kuala Lumpur yang baru berkahwin (3 bulan selepas bernikah), boleh apply insentif perkahwinan Selangor di  Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan Baitulmal Wilayah Persekutuan.


Borang Permohonan - Selangor

Download borang permohonan secara online di MES SELANGOR

atau

Daftar secara online di i-kahwin selangor [prosedur 2015]


Syarat Permohonan - Selangor
  1. Terbuka kepada semua kaum
  2. Tiada sebarang had pendapatan.
  3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi Taman)
  4. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.
  5. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.
  6. Perkahwinan kali pertama sahaja.
  7. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
  8. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2013. 
  9. Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah (bagi pasangan Islam) atau berdaftar (bagi pasangan bukan Islam)

Dokumen Diperlukan - Selangor
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Sijil Nikah pemohon beragama Islam ATAU
  3. Sijil Pendaftaran Perkahwinan pemohon bukan Islam.
  4. Salinan muka depan buku simpanan Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam. 


Untuk negeri Selangor, anda akan diberi sebanyak RM500 tapi mungkin ambil masa sehingga setahun. Apply je,,,mane tahu rezeki anak, boleh buat kenduri aqiqah..

Prosedur die sangat mudah, donwload borang, isi dan mohon pengesahan dari ADUN kawasan anda. Anda boleh hantar sendiri ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam atau biar ADUN kawasan anda yg hantar

Untuk memudahkan urusan, sahkan dengan ADUN yg memerintah negeri..

atau 

prosedur terkini 2015 - online sahaja di i-kahwin selangor


========================================================



Borang Permohonan - Kuala Lumpur

Kaunter Baitulmal MAIWP - chow kit dan sebagainya

Tiada syarat khusus untuk apply tetapi anda boleh melihat senarai semak . Isi borang dan sertakan salinan yang dikehendaki. Borang Baitulmal sangat kompikated dan pastikan salinan anda cukup, baru hantar di kaunter..sebab bila salah, kene buat balik dan beratur semula..

Nilai yang akan diberi oleh baitulamal berbeza-beza mengikut kemampuan pasangan (RM1000 ke RM1500). Proses di baitulmal sangat cepat, sewaktu penyerahan dokumen di kaunter, maklumat anda akan terus didaftar kedalam sistem. Seterusnya pendaftaran anda akan diproses dalam masa seminggu dan insentif tersebut akan di bank in dalam temph 3 minggu. Alhamdulillah..


Senarai semak:

  1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan) 
  2. Satu salinan kad pengenalan pemohon & pasangan. 
  3. Satu salinan kad pengenalan suami , isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)*
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja) 
  5. Satu salinan sijil kematian suami / isteri bagi perkahwinan terdahulu.* 
  6. Satu salinan kad memeluk Islam.* 
  7. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.* 
  8. Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.* 
  9. Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.* 
  10. Satu salinan cukai pintu / bil utiliti. 
  11. Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji, ASB, Bank ar-Rajhi dan Bank Agro (WP Labuan sahaja) 
  12. Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon & pasangan. 
  13. Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / salinan sijil nikah sementara.



Semoga membantu!!






19 comments:

  1. Salam sis, nak tanya. If kami nikah tapi walimatulurus kami setaun kemudian layak ke utk kami cuba mohon? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..die refer tarikh sijil nikah shj..bukan majlis kahwin...;)

      Delete
  2. Assalamualaikum.. Sis utk baitulmal utk warga kl je or luar kl pn boleh apply jgk ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...ini utk warga kl shj..sis boleh check dengan baitulmal di negeri sendiri.

      Delete
    2. kt mane nk ambil borang die sis?

      Delete
  3. Assalam sis, borang nie perlu diambil dkt kaunter ke?ade online x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf..Online xpasti lh..sebab sy pon ambil di kaunter...

      Delete
    2. Sekarang dah boleh on9,untuk selangor, layari https://i-kahwin.selangor.gov.my/permohonan.php

      Delete
    3. BORANG SOKONGAN PERLU HATAR PADA SIAPA YE KALAU ONLINE?

      Delete
    4. Rugi ye lambat ahu...sy baru kawen 9bulan...huhuhuhuhu..xde rezeki

      Delete
  4. salam sis, surat pengesahan bujang tak perlu ke?

    ReplyDelete
  5. nak tanya kalau tak de akaun tabung haji memang tak boleh apply insentif selangor yee?

    ReplyDelete
  6. Salam,nk tny if nk mnta bntuan pernikahan mcmne ye??

    ReplyDelete
  7. kalau lg sebulan na nikah bley mohon ta sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas nikah baru boleh apply, sebab nak tunjuk surat bukti bernikah..

      Delete
  8. Sy punya permohonan dah nk masuk 4 bln.. Masih belum ada jawapan la ��

    ReplyDelete
  9. kalau 2 2 pasangan orang selangor tetapi majlis pernikahan luar selangor,still leh mohon ke insetif perkhawinan selangor

    ReplyDelete
  10. bila cek semakan dah diluluskan.adakah dah dikreditkan dlm akaun TH ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada SMS beritahu insentif telah dimasukkan dalam akaun TH.

      Delete