Sem terakhir,.. tinggal beberapa subjek lagi untuk dihabiskan dan antara subjek yang paling menduga kecekalan hati adalah PSM. Development of Heart Disease Ontology menjadi cabaran yang ain terima. Tertekan tapi masih cuba selagi yang terdaya.
Ontologi menerangkan konsep untuk sesuatu perkara. Ia bukan pengkalan data tetapi menyimpan perbendaharaan kata agar setiap istilah mempuyai maksud yang boleh difahami bukan sahaja manusia tetapi komputer. Ini menjadikan komputer bersifat lebih pandai (intelligent) untuk mencapai kehendak manusia.
Terdapat pelbagai tools yang boleh digunakan untuk membangunkan ontology antaranya, Protege dan Jena. Bahasa yang digunakan meliputi XML, XMLs, RDF, RDFs dan OWL. Kalau kite menggunakan Protege, secara automatik, file akan disimpan dalam format .owl.
interface Protege |
Persoalannye, mengapa kita mengunakan ontologi?
Data didalam web dihubungkan melalui link. Untuk mencapai dari 1 sumber ke sumber yang lain, pengguna memerlukan keywords yang sesuai. Namun, masalah akan timbul sekiranya komputer gagal memahami apa yang pengguna mahukan. Dengan menggunakan ontologi, data antara pelbagai konsep dapat dihubungkan kerana wujudkannya hubungan / properties antara setiap terms.
Contohnya,
sumber: http://www.daconta.us/briefs/why-ontology-general.pdf |
Kesimpulannya, ontologi merupakan satu kefahaman yang memerlukan lebih kajian dan pemahaman. Usaha yang berterusan perlu untuk membantu komputer dan manusia memahami antara satu sama lain.
fuhhh....
No comments:
Post a Comment