Nuffnang Ads

Thursday 19 December 2013

Alumni UTHM ke London Part 2

Hari ke-4



Kena TINGGAL.. 
dek kerana sibuk buat breakfast, kan dah kene tinggal.. Ain ajak Wan teman, kejar naik tube Cirle dari Paddington sampai ke South Kensington..cuak sangat..risau kena marah dengan dr. sebab tak punctual.  Dr dah pesan, orang UK sangat punctual,dan tak suka menunggu, kalau kita yang menunggu tak pe..dalam perjalanan tu, berdoa je..hahha..baru tahu takut..  Hanya 5 orang sahaja yang akan bergerak awal pada hari tersebut., Dr.Fahmi, En. Zul, Pn. Fadhlina, Fattah dan Ain, tapi tak pasal-pasal Wan kena ikut. Yang paling best, kak Fadilah pregnant tau, tapi kuat semangat die sampai ke UK. Dah sampai South Kensington, ain, jalan keluar laju-laju dari tube, nervous sangat..tapi..tersenyum kemudian dengan rasa bersalah..mereka tunggu di hadapan pintu tube.. waaa, nasib baik. Jantung berdegup laju..Kami menunggu kawan dr, sambil-sambil tu sempat ber posing... Kat sini, ade Science Museum dan Royal Albert London, tempat Dato' Siti buat concert dulu..Tapi tujuan kami datang sini, bukan sebab nak  pergi muzium, kami akan ke Imperial College London.


Setiba di sana, kami menuju ke Alumni Visitor Center, dan disambut oleh Tom Pearson (Acting Head of Alumni Relationship) dan Tom Miller (Director of Communications and Public Affairs). Kami berhasrat untuk mendapatkan pandangan serta berkongsi kaedah yang diguna mereka untuk menarik alumni datang semula ke kolej dan bagaimana mereka mengumpulkan dana untuk alumni center itu sendiri. 

Menariknya, Alumni Visitor Center akan mengeluarkan majalah tahunan dimana, nama penderma akan dipaparkan mengikut tahap dermaan mereka. Actually, bukan nak bagi riak, tapi sebagai inisiatif untuk mereka menyumbang dan dikenali. Ada antara mereka yang menggunakan nama syarikat dan bukan nama individu itu sendiri. Perkara yang kita perlu sedar, bukan semua orang akan memberikan sumbangan lebih-lebih lagi berbentuk wang kepada universiti masing-masing, kecuali jika ada bencana, musibah atau kemalangan yang menimpa seseorang atau sesuatu kawasan itu. Jadi kaedah yang mereka gunakan ini, ternyata berkesan dan mampu menarik jumlah derma yang memberangsangkan. 



Selain itu, program-program yang dianjurkan mereka seperti reunion, aktiviti masyarakat dan akademik serta pelbagai lagi untuk alumni Imperial College London mendapat sambutan yang menggalakkan. Mungkin disebabkan nama mereka yang gah atau promosi yang berkesan. Jadi, itu juga yang kami mahukan terjadi kepada alumni UTHM. Rasa bangga dan teruja untuk berkhidmat kepada UTHM. tapi..tak tahulah jika mereka mahu melakukannya..



Lagi, pejabat alumni di sini, sangat awesome. Bukan dari segi dekorasi dan kemudahan sahaja, namun pekerjanya. Hanya ada 4 orang pekerja di Alumni Visitor Center dan ini yang menarik perhatian kami. Bagaimana mereka menguruskan alumni serta program tahunan? Pengurusan mereka juga sangat sistematik tanpa menggunakan tenaga kerja yang ramai di bawah 1 bumbung. wow.. Sebenarnya, banyak lagi cerita yang mereka kongsikan yang tak termampu di tulis semula. Sangat menarik dan mungkin boleh dipraktikkan di UTHM.


Sementara kami berlima memerah keringat di Imperial College London, yang lain sedang berjimba di hadapan Royal Albert London. amboi..lambai2 lagi..

Perjalanan diteruskan ke Buckingham Palace, dan Green Park. Palace ni memang besar,  tapi tak boleh masuk. Tengok dari luar je..orang yang datang sini, datang melepak sebab dekat dengan park.



Green Park, best sangat, macam zoo. Haiwan jinak-jinak semua, ada tupai, burung, bangau dan macam-macam lagi. Ain dan Izai terus leka memberi burung makan tanpa disedari, kami dah jauh dari ahli kumpulan, Tak tahu nak jalan pergi mana, seronok sangat ambil gambar. Kami terus berjalan dan berjalan sehingga terjumpa en.ezree dan en zul menunggu di bawah pokok. "korang,,kalau amik gambar...heeyy.".. tak boleh cakap ape..senyum je..yee kami bersalah.








Kini, kami dihadapan The National Gallery di Trafalgar Square yang menempatkan koleksi lukisan dari abad 13 ke abad 19. Masuk adalah percuma. First time ain pergi muzium gambar, disetiap gambar ada sejarah dan cerita tersendiri walaupun lukisannya...gurlp.. *telan air liur...




3 comments:

  1. Hari ke 4 travel sendiri tu...seram sejuk ja perasaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram bukan sebab takut sesat, takut kena marah..hihi

      Delete