Tak tahu nak start cerita dari mana, seronok sangat.. Seramai 18 orang menyertai Eksplorasi Antarabangsa [UK] Alumni UTHM. 7 orang student dan 11 orang lagi staff UTHM merangkap alumni.
Hari 1
Beratur nak lepas imgresen. Kat sini takda masalah sangat, senang je orang Malaysia nak keluar, lagi-lagi dalam kumpulan. Just ready passport dan tiket flight. Masa dah sampai sana, (Heathrow Airport) just relax dan jawab soalan dengan jelas. Pegawai sana akan tanya lebih kurang camni, Berapa lama disini? Tinggal di mana? Apa hubungan dengan tutt tutt? Lepas ni pergi mana?.. overall, soalan senang, tapi slang english die tak berapa nak senang faham, kui2x..
Dalam tube. Tube adalah pengangkutan utama di UK. ala-ala LRT gitu, tapi banyak-banyak-banyak sangat pecahan dan sangat pantas. Pandai-pandai kan diri untuk baca map. Bila dah faham, senang nak bergerak. Beli 1 tiket dan boleh guna sepanjang hari 24jam.
Paddington Station adalah station yang paling hampir dengan hotel kiteorang, Royal Cambridge Hotel. Segala urusan hotel dah diselesaikan di Malaysia, jadi sampai sana, just buat confiration dan check in..
Deretan kedai.Tapi tak tau lah mereka ni parking kt mane. Dorang banyak guna bus dan teksi dan tube.!
Malam-malam berjalan di Oxford street. Jalan ni memang ramai orang arab. Rasa macam pergi negara arab pula, serius.
Time ni pula, mood standby, nampak je bus duble dacker, terus pose. batak dengan bas merah.. almaklumlah, Malaysia boleh jumpe bas ni di Genting Highland je.
Tentang makan malam? It's kebab! Brape pound ea, lupe, tapi agak mahal, sebab kongsi 3 orang! Last-last waktu nak bayar, pegawai pengiring bagi kami duit sebagai peruntukan makan.. rasa err.."nape aku tak order tadi, lapar ni".. Anyway, matawang Malaysia memang sangat rendah.. untuk dapatkan 1 pound, bersamaan dengan RM5 secara purata. Jadi, ain memang saving sangat-sangat kat sini.
Hari ke-2
Dihadapan Eye of London. Tengok langit die, biru..takda awan, panas boleh tahan panas, disebabkan kedudukan London yang dekat dengan matahari, memang bersilau mata.
Pemandangan dari Eye of London |
Big Bang |
Panas-panas pun, pemandangan di London sangat cantik dan awesome! Barang cenderahati kat sini agak mahal, lebih baik pergi kat street yang lain. Seterusnya, kami ke Madame Tussauds aka Rumah Lilin. Mempunyai koleksi lilin orang terkenal, artis, ahli politik, ahli sukan dan macam-macam orang lagi. err.. terbayang cerita House of Wax..seram.
Leonardo diCaprio |
Jalan-jalan sampai petang, kemudian, lepak-lepak makan eskem, baru balik hotel. Tanpa mengenal erti penat, kami keluar pada sebelah malam pula..ronda-ronda cuci mata...kaki ni sakit sangat2..
Hari ke-3
Bergerak ke Windsor Castle. Amazing..inilah tempat ain nak pergi sangat..Rasa macam zaman Merlin, dalam Kingdom of Camelot..cewaahh. tapi serius, suka sangat strukur batu bangunan sana. Semua bangunan, dindingnya takdisimen, menampakkan batu-bata asli die..
Windsor Castle adalah kediaman rasmi permaisuri untuk sebarang majlis-majls rasmi. Pelawat dibenarkan melawat bilik-bilik khas, seperti kamar tidur, makan, ruang menunggu dan pelbagai lagi..tak tersebut. Yang paling awesome, lukisan die memg fantastic, kite pon dah keawan-awangan. Lukisan dorang kan suke baby,angle or dewa dewi yang terbang la..separa bogel.. tapi memang cantik dan berseni. betul-betul macam dalam tv... Duk kat sini je..dari 11 pg smpai ke pkol 4ptg..bayangkan..takhabes jalan..besar sangat-sangat.
Bab solat..solat je kat tepi dinding ke..pkai baju cam biasa, pkai stokin, bentang sejadah. Ade jugak orang pandang..tapi biasa je..takda smpai kena marah atau dapat larangan..masing-masing buat tak kisah... Makan pula..masih takboleh tinggalkan nasi. pagi-pagi buat nasi goreng, wat tapau. letak salad, tomato banyak. Kami buat sandwich juga. Ini semua idea staff.. siap bawa rice cooker!
p/s: banyak cerita dah kena cut disebabkan perjalanan selama 6 hari, tak rajin nak tulis detail sangat.. hehe
Good Effort.. semoga bermanfaat..
ReplyDeleteHehe! Pandainya citer... Tambah sikit citer kakak boyot ni.. Haha! Nanti ramai la yg nk sgt pergi London tu bl bc citer kamu sherry.. At least at people minded, everyone can fly.. Haha!
ReplyDeleteHehe! Pandainya citer... Tambah sikit citer kakak boyot ni.. Haha! Nanti ramai la yg nk sgt pergi London tu bl bc citer kamu sherry.. At least at people minded, everyone can fly.. Haha!
ReplyDelete