Nuffnang Ads

Wednesday 13 February 2013

Mendaki Gunung Ledang, Johor

Seketariat Alumni Mahasiswa UTHM (UTHMas), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengikuti Kursus Pengukuhan Pasukan dan Pengurusan Organisasi 2013 (KPO) di Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Gunung Ledang, Johor pada 19 hingga 21 januari lalu dan telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang pada 20 Januari lalu. 
sumber: UTHM

Mendaki Gunung Ledang sangat awesome! Perjalanan kami bermula seawal jam 8.30 pagi, tiba di puncak pada jam 4.30 petang dan tiba di kaki gunung pada jam 11.55 malam. memang best! Alhamdulillah, kami selamat sampai walaupun ada yang mengalami masalah kekejangan, kaki terseliuh, kepenatan yang teramat sangat dan ada yang mampu bertahan sehingga check point 5 dan terpaksa berpatah balik atas sebab-sebab keselamatan.

Bagi sesetengah orang, mungkin akan berpendapat bahawa catatan masa kami tersangatlah lambat, tapi kalau korang nak tahu, kami langsung tidak membuat persiapan rapi seperti jogging atau senaman yang sewajarnya, sebaliknya hanya senaman panas yang ala kadar! Kejayaan menawan puncak gunung ledang ini merupakan satu pengalaman yang cukup indah setelah mengharungi pelbagai cabaran.

Untuk sampai ke puncak Gunung Ledang, pendaki harus melalui checkpoint yang telah ditetapkan. Terdapat 8 checkpoint semuanya. Pendaki perlu naik sehingga ke checkpoint 5 dan disana mereka boleh berehat sambil mendapatkan bekalan air. Selain itu, pendaki juga boleh membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pendakian atau tidak.

Bagi ain, better korang teruskan perjalanan, sebab, bile dah start mendaki dari checkpoint 3 lagi, korang akan rasa teruja dan seronok sangat sebab perjalanan semakin mencabar. Berhati-hati dengan akar kayu, tunggul dan tanah yang licin. 


















 









 


4 comments:

  1. tahniah dapat nek sehingga puncak gunung ledang.....ainkan mmmg power orangnyer.....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..xsepower mane..ain jadi group last yg smpai puncak..group last smpai bawah..tp ape yg penting, kite enjoyy.

      Delete
    2. kire okey la tu.....org2 power jer smpi atas tu.....saye x smpi pon puncak tu lagi....hihi

      Delete
  2. boleh saya tahu mcmane nk
    mmbuat tmpahan guider untuk daki gunung ledang

    ReplyDelete