Bahan-bahan:
1 peket biskut marie
250 gram buttercup
1 cawan serbuk coklat
1/2 tin susu
1 camca kecil esen vanilla
3/4 cawan milo
Cara-cara:
- Patah-patahkan biskut marie dalam 3 or 4 bahagian.
- Cairkan mentega dalam periuk. Kalau ain, panaskan periuk dalam air panas. Ikut kaedah masing-masing lah nak panaskan coklat macam mane ea.
- Kemudian, masukkan serbuk coklat dan susu pekat. Kalau nak manis gilezz, curahlah 1 tin. Kacau hingga sebati.
- Masukkan esen vanilla dengan tujuan bagi wangi sikit..cewahh..dan kacau lagi.
- Masukkan biskut marie dan gaul rata. Kalau nak rangup, gaul sekejap, kalau nak lembik, gaul laa lama-lama. Tutup api.
- Dengan biskut yang masih panas, masukkan dalam loyang, penyek-penyek bisktut tue dengan serduk or sudu supaya permukaannya kelihatan agak rata.
- Topping: kalau malas basuh periuk, guna je periuk coklat tadi. Cairkan milo + susu + mentega + air sikit. dah sebati, curah atas kek batik tadi..
- Tunggu kek sejuk dalam suhu bilik, kemudian baru masukkan dalam peti ais. (Elak masukkan makanan panas dalam peti ais, untuk memelihara kesihatan peti ais anda).
- Agak-agak dalam 4 jam camtu, bolehlah dihidang.. =)
No comments:
Post a Comment