Nuffnang Ads

Tuesday 12 February 2013

Hutan Lipur Gunung Senyum

Tahun Baru Cina..
Gong Xi Fa Cai!

Cuti kali ni..kami sekeluarga pulang ke kampung. Nak rase angin kampung pulak. Untunglah kampung memang kt kampung..hehe..bezanya kali ni tak ramai saudara mara balik same..

Esok petang...kami sekeluarga decide nak pergi Gunung Senyum. Jalan ke sane agak sunyi..ade lah 2, 3 buah kereta dari arah bertentangan..masuk simpang  lagi lah sunyi sepi.. Jalan masuk je dah penuh daun kering..rumput kiri kanan jalan mati kene racun. Tapi suasana macam ni lah best..berdebar je!

Rase dah surrender nak masuk dalam-dalam lagi...tapi, kami cekalkan hati jugak..tak de laa seram sangat..sebab dalam tue ade banyak kampung.. Bila masuk pintu gerbang die..fuhhh..puas hati..ramai jugak orang dalam ni..ade chalet lg..toilet, surau..dewan..dan kami pon menuju ke kaki Gunung Senyum dengan hanya berselipar!










Gunung Senyum ini terletak di Jengka 25, Temerloh, Pahang. Mereka yang ingin ke sini boleh melalui jalan darat dari arah Temerloh atau Jerantut. Mempunyai ketinggian sehingga 286 meter, gunung ini menjadi tarikan bagi penggemar aktiviti lasak. Terdapat banyak gua yang sedang mangalami pertumbuhan stalaktik dan stalagmit sehingga membentuk tiang batu kapur yang menarik.









Ini bukan padang, ini tasik yang dipenuhi dengan kiambang



 Atas faktor-faktor keselamatan,..kami jalan kat kaki gunung je..al maklumlah pkai selipar jer..bagi mereka yang sukakan cabaran, boleh lah naik gunung ni..sebab ade banyak lagi gua dan gunung untuk diterokai.
Untuk maklumat lanjut layarilah blogspot Gunung Sunyum.


No comments:

Post a Comment