Nuffnang Ads

Monday, 1 July 2013

Menawan Puncak Baha - Ayam - Stong

26.6.2013 (Rabu)

Backpackers Gunung Stong 2013 kini menjadi kenyataan. Dengan penyertaan seramai 17 orang termasuk pegawai pengiring kami telah ber camping di Baha's Camp selama 3 hari. Kami menaiki kereta api untuk ke Dabong, Kelantan. Ada yang bertolak dari Kluang dan ada yang dari KL. Ini, pengalaman pertama ain menaiki kereta api, best lah naik kereta api! betol.

27.6.2013 (Khamis)

Setibanya di sana, kami berkenalan dengan guider kami, Heng atau lebih dikenali sebagai Cu. Cu sangat peramah dan paling penting, die sporting! Kami berkumpul, sarapan dan bersiap sedia untuk aktiviti hari pertama, iaitu caving. Kami telah meneroka 3 gua, Gua Gelap - Keris - Pagar. Memang syok! Struktur batu yang cantik dan pelbagai kisah mitos dihidangkan kepada kami.

Perjalanan diteruskan lagi ke Baha's Camp yang mengambil masa kira-kira 2jam. Di pertengahan jalan, kami berhenti sebentar untuk menikmati permandangan air terjun yang sangat cantik. Perjalanan ke sana agak mencabar kerana kami menggunakan laluan curam berhampiran air terjun dan boleh dikatakan lutut bertemu dagu. Penat kami terubat juga apabila sampai di Baha's Camp. Kami boleh melihat pemandangan dari puncak air terjun. (actualy bukan puncak..tengah2 lagi lah)

28.6.2013 (Jumaat)

Pada keesokkan harinya, kami bersiap sedia untuk menawan 3 puncak, Baha - Ayam - Stong. Bermula pada 9.30 pagi dan berakhir pada 10 mlm. Dari Baha's Camp ke puncak Baha kami mengambil masa selama 3 jam, seterusnya 1 jam ke Ayam dan 2 jam ke Stong. (kiraan kasar)

Kami mengalami sedikit masalah sewaktu berjalan pulang apabila hujan lebat mengakibatkan air sungai menjadi sangat deras. Kami menunggu selama 1 jam sampai sempat pasang flyer, buat teh o panas dan masak meggi. Memang seronok berkongsi makanan, berebut-rebut lagi. Namun, memikirkan kemungkinan air akan menjadi lebih deras,kami terpaksa meredah air sungai dengan cara MELOMPAT. jauh sangat, lebih dari sedepa. ain melompat sampai melutut ke batu. dapat lah hadiah lebam.. suke sangat ^^

29.6.2013 (Sabtu)

Di hari terakhir, kami tidak melepaskan peluang untuk melihat sunrise. Ini lah kali pertama ain melihat sunrise.cantik sangat-sangat! kabus sangat tebal sehingga menjadikan gunung dihadapan kami seperti pulau. kecantikan yang tak terluah dengan kata-kata.

Seterusnya, kami bersedia untuk mandi di air tejun di mana air terjun Stong dan Ayam bertemu. Perjalanan kesana agak mudah dan sangat dekat dengan Baha's Camp sehingga kami  hanya memakai selipar saja. almaklumlah excited nak mandi. Seterusnya, kami turun lagi sehingga tiba di air terjun yang mempunyai 7 telaga. Memang betul2 ada telaga bawah air tejun. ain tak lepaskan peluang untuk masuk kedalam telaga sampai hilang kepala dari paras air. syok! Seterusnya lagi, air terjun slide. Di sini, aktiviti slide dan abseilling boleh dilakukan. Kalau berani slide sambil berdiri, tapi ain takot, so ain slide duduk je..macam kt sunway lagoon gitu. tapi ni serius cuak, permukaan licin berlumut di BATU... ain menjerit sebab lost control..haha..air dalam tak dalam lah juga, tapi kalau tak pandai berenang, tak bergerak lah.

Pada petang tersebut, kami terus bersiap-siap untuk turun ke kaki gunung. Perjalanan sangat-sangat sekejap kerana kami melalui short cut, hanya 1 jam. tak sempat nak penat..hehe..seterusnya, kami bersiap-siap untuk pulang. Trip kali ni memang seronok dan mencabar. Rasanya, kalau korang dan sampai Baha's Camp pon dah cukup baik. Tempat ni sangat-sangat cantik.

30.6/2013 (Ahad)

Tiba di UTHM..weii.. short sem dah? baru nak rehat2..


p/s:
- Perasan tak ayat skema semacam..?? haha..ain kena buat report, tu terskema tu...
- Gambar kemudian.



No comments:

Post a Comment