Pernah tak bibir anda mengalami rekahan? bibir gelap, tone warna tidak sekata? Itu semua disebabkan oleh sel kulit mati yang terkumpul. Namun, tidak dapat dinafikan sebahagian dari kita mempunyai genetik bibir gelap. Untuk atasi masalah ini, kita boleh sental kotoran degil dengan kaedah scrub.
Ingatkan muka je ade scrub, rupanya bibir pon ada!
Kita tak boleh gunakan scrub muka untuk scrub bibir kerana material yang digunakan untuk muka tidak sesuai pada bibir yang lebih sensitif dan bersifat minoriti. Oleh itu, anda boleh mencuba Lipscuff dari The Body Shop.
Lipscuff |
Jadi apa yang best tentang Lipscuff ni?
Tekstur seperti lilin, tetapi ada biji-biji yang lebih halus dan rasanye seperti mentos. Digalakkan dengan penggunaan 2x seminggu.
Cara untuk menggunakannya, :
- Bersihkan bibir
- Aplikasikan Lipscuff ke serata bibir
- Gunakan jari untuk menggosok bibir dengan perlahan dan berulang-kali
- Bersihkan dengan tisu yang dibasahkan
- Jangan tarik kulit yang tercabut. Seeloknya gosok dengan tisu basah.
- Gunakan mana-mana pelembap bibir
Kesannya:
Bibir anda lebih lembut, licin dan bertukar warna. Ini adalah hasil setelah sel kulit mati tadi dibuang. Harga sangat berpatutan dengan hasil yang akan diperolehi iaitu RM49. Jangan gunakan setiap hari kerana bibir anda mungkin menjadi semakin nipis.
Tips lain: Banyakkan minum air suam untuk mengekalkan kelembapan dalam badan.
Selamat mencuba!
i pon shopping jugak |
No comments:
Post a Comment