Nuffnang Ads

Wednesday, 25 November 2015

Promosi Barangan Bayi Year End Sale - Mama Kids Junction

Hi,

Harini ain nak beritahu tentang Sale Hujung Tahun dari kedai baby online - Mama Kids Junction. Syarikat ini adalah syarikat bumiputra yang menawarkan koleksi barangan bayi premium melalui website.



Mesti ada antara kita yang tidak gemar membeli belah secara onlin kerana lebih suka dengan kadah fizikal dimana kita boleh memegang, membandingkan saiz dan menyentuh tesktur barang tersebut. Selain itu, kita juga terpaksa membaca penerangan, melihat gambar, menonton video tutorial dan membayangkan sendiri rupa produk terbabit.


Kebaikan membeli secara online adalah kita tidak perlu bersesak didalam kedai terutama ibu mengandung yang menanti hari, pasti seronok membeli barang keperluan untuk si kecil yang bakal lahir. Selain itu, ibu2 juga mempunyai banyak masa untuk membuat perbandingan harga di website lain berbanding membeli secara terus di kedai fizikal mahupon expo.


Bersempena dengan Year End Sale 2015 kali ini, Mama Kids Junction menawarkan pelbagai barangan bayi dengan harga diskaun yang kaw2. Jom kite terjah website Mama Kids Junction.







p/s: Lacte Solo RM 150, serius murah..ain nak sangat, normal harga di kedai lain pon confirm RM 200 keatas. Tak percaya, survey sendiri.



Wednesday, 7 October 2015

Menukar Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa

Salam..

Hi, kawan-kawan, terutamanya yang baru lepas konvo ,mesti nak tahu cara untuk membuat pengecualian pembayaran pembiayaan PTPTN aka menukar pinjaman kepada biasiswa.

Mula-mula yang anda perlu tahu, terdapat beberapa syarat untuk mendapatkan keistimewaan ini. Syarat-syaratnya:

1. Tamat Ijazah Sarjana Muda aka degree sahaja
2. Mendapat Kelas Pertama


Permohonan anda akan DITOLAK sekiranya:

1 Diploma/ Sarjana/ PhD
2 Mendapat Kepujian Ijazah Kelas Kedua
3 Kursus tidak sama dalam Perjanjian
4 Kursus yang diikuti tidak mendapat pengiktirafan MQA (IPTS)
5 Membuat pelanjutan selain sebab perubahan struktur dan kesihatan


Senarai salinan yang DIPERLUKAN:

1. Surat Rasmi Permohonan
2. Borang Akuan Penerima Biaya (muat turun disini)
3. *Salinan Ijazah (ada perkataan Kelas Pertama
4. *Salinan Transkrip 
5. Surat Pengesahan Kelas Pertama. (sekiranya tiada perkataan Kelas Pertama dalam sijil Ijazah
6. Sijil Perakuan Akreditasi MQA (sekiranya IPTS)


*disahkan oleh Pegawai Bahagian Akademik/ Bahagian Peperiksaan dan Rekod Universiti/ Bahagian yang mengeluarkan Ijazah dan transkrip di IPT yang berkenaan.


Kemudian HANTAR ke alamat seperti yang tertulis dalam Borang Akuan Penerima Biaya.

Siap!


Pejabat Akademik ni kalau di UTHM kite panggil Pejabat Pengurusan Akademik (PPA). Kalau nak contoh surat rasmi permohonan, boleh minta pada ain..Nanti ain emailkan okey.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web PTPTN (Pengecualian Bayaran Balik PTPTN)
Ada soalan? boleh lihat di sini  >> Soalan Pengecualian Bayaran


Yeahh..dah konvo!






p/s: Yes..xyh bayar..hehhe



Sunday, 6 September 2015

Lipscuff - Scrub bibir by The Body Shop

Pernah tak bibir anda mengalami rekahan? bibir gelap, tone warna tidak sekata? Itu semua disebabkan oleh sel kulit mati yang terkumpul. Namun, tidak dapat dinafikan sebahagian dari kita mempunyai genetik bibir gelap. Untuk atasi masalah ini, kita boleh sental kotoran degil dengan kaedah scrub.

Ingatkan muka je ade scrub, rupanya bibir pon ada!

Kita tak boleh gunakan scrub muka untuk scrub bibir kerana material yang digunakan untuk muka tidak sesuai pada bibir yang lebih sensitif dan bersifat minoriti. Oleh itu, anda boleh mencuba Lipscuff dari The Body Shop.

LIPSCUFF
Lipscuff

Jadi apa yang best tentang Lipscuff ni?

Tekstur seperti lilin, tetapi ada biji-biji yang lebih halus dan rasanye seperti mentos. Digalakkan dengan penggunaan 2x seminggu.

Cara untuk menggunakannya, :
  • Bersihkan bibir
  • Aplikasikan Lipscuff  ke serata bibir
  • Gunakan jari untuk menggosok bibir dengan perlahan dan berulang-kali
  • Bersihkan dengan tisu yang dibasahkan
  • Jangan tarik kulit yang tercabut. Seeloknya gosok dengan tisu basah.
  • Gunakan mana-mana pelembap bibir

Kesannya:

Bibir anda lebih lembut, licin dan bertukar warna. Ini adalah hasil setelah sel kulit mati tadi dibuang. Harga sangat berpatutan dengan hasil yang akan diperolehi iaitu RM49. Jangan gunakan setiap hari kerana bibir anda mungkin menjadi semakin nipis.


Tips lain: Banyakkan minum air suam untuk mengekalkan kelembapan dalam badan.


Selamat mencuba!


i pon shopping jugak


Tuesday, 7 April 2015

Kekosongan Jawatan UTem


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Mempelawa Seluruh Warga Malaysia  Yang Berkelayakan  Dan Berumur Tidak Kurang Dari 18 Tahun  Untuk Mengisi Kekosongan Jawatan Bagi Kumpulan Pengurusan Dan ProfesionalSerta Kumpulan Pelaksana Di Universiti Ini.

BILJAWATANGRED
1JURUTERAJ41
2JURUUKUR BAHANJ41
3PEGAWAI UNDANG-UNDANGL41
4PEGAWAI PERUBATANUD53
5PEGAWAI PERGIGIANU54
6PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMATF29
7PENOLONG JURUTERAJA29
8JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATANU29
9PENOLONG PEGAWAI FARMASIU29
10PENOLONG PEGAWAI TADBIRN27
11PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKANS27
12PEREKAB17
13PEMBANTU MAKMALC17
14JURUTEKNIK KOMPUTERFT17
15PEMBANTU PERPUSTAKAANS17
16PEMANDU KENDERAANH11
17PENGAWAL KESELAMATANKP11
18PEMBANTU OPERASIN11
19PUSTAKAWANS41
20PEGAWAI PERUBATANUD47
21PEGAWAI KEWANGANW41
22PEGAWAI PERUBATANUD51
23PEGAWAI PERGIGIANU48
24PEGAWAI PERGIGIANU52


  1. Semua Permohonan Jawatan Bukan Akademik WAJIB Menggunakan Sistem Permohonan Jawatan Secara Online Dengan Melayari LAMAN WEB UTeM Dan Klik Di Quick Links – Job Vacancies Dan Seterusnya Pada Iklan Perjawatan Bukan Akademik Untuk Mengisi Borang Permohonan Online Yang Disediakan Mulai 1 April 2015 – 30 April 2015; 
  2. Pemohon-Pemohon Yang Tidak Menggunakan Permohonan Jawatan Secara Online Tidak Akan Dipertimbangkan;
  3. Syarat-Syarat Lantikan Boleh Didapati Melalui Laman Web UTeM Seperti Di Atas Dengan Klik Pada Gred Jawatan Yang Hendak Dipohon Di Borang Permohonan Jawatan Online.
  4. Calon Dinasihatkan Untuk Membaca Arahan Pengisian Semasa Mengisi Borang Permohonan Jawatan Online. Kegagalan Mengisi Borang Dengan Lengkap Dan Memuat Naik Dokumen Sokongan Boleh Menyebabkan Permohonan Calon Ditolak.
  5. Hanya Calon-Calon Yang Layak Selepas Tapisan Sahaja Akan Dipanggil Untuk Menjalani Ujian Saringan Atau Temuduga.
  6. Pemohon-Pemohon Yang Tidak Menerima Sebarang Jawapan Dalam Tempoh Satu (1) Tahun Dari Tarikh Tutup Iklan, Hendaklah Dianggap Tidak Berjaya.
  7. Tarikh Tutup Permohonan Melalui Sistem Permohonan Jawatan Secara Online Mestilah Tidak Lewat Dari 30 April 2015.

Layari e-perjawatan untuk maklumat lanjut



Monday, 16 February 2015

Latihan Praktikal di UM

Semestar terakhir sudah...

Kini, ain perlu menjalani latihan industri untuk melengkapkan jam kredit. Dah banyak kali selidik, dan ain dah buat keputusan untuk memilih:

1- UM
2- Kolej Isbauk
3- Yayasan ape er...

Kali ni ain lari sikit sebab xnak terlalu fokus kepada programmer seperti yang ain pernah buat dulu sewaktu diploma. fuyoo..sakit kepale, balik rumah asik fikir projek klien. Mandi, makan, nak tidur pun fikir coding je..Yang bestnye, otak memang geliga aktif..update dengan new things and technologies, tapi hati ni sakit..hihi

Akhirnya,.. UM telah menerima permohonan ain. pada 26 Januari, ain telah mendafatr ke PTM UM. Takut sangat..tiba-tiba nervous. Ain bawa laptop..nanti boleh guna. Sampai disana, ain didaftarkan oleh Pn Noraidah. Die jawab semua yang ain tanya..die cerita tentang cuti, honorium, cafe, um dan macam-macam lagi. Waktu ain mendaftar tu, ade student um pon daftar li,..Ingatkan sama-sama dengan die, rupanya, die dalam kampus dan ain ditempatkan di Wisma R&D..waaaa...seronok sangat! dekat dengan LRT!!

Ain dah fikir, kalau LI ni, ain nak tempat yang senang dan dekat serta ada makanan. Tak nak macam dulu lagi, nak makan ada kedai mamak je..ea..memang boleh bawak bekal. tapi hari-hari masak sendiri, muak laa..dah laa makan sorang-sorang. Dulu xda surau. Kena lintas jalan besar dan pergi ke jusco. Sangat kelam kabut. Rehat 1 jam itu normal, tapi jarak 1 tempat ke  tempat lain..jauh.. sangat menduga keimanan...ok...itu cerita dulu..

Sampai di Wisma, seronok sangat...waa..office die sangat besar. Ain ditempatkan dibawah seliaan Pn Huzienetta. Dia baik. Ain dapat laptop um..(pinjam ok)..Lepas ni xpayah bawa laptop lagi..Heaven sangat. Jalan macam orang office dah, bawa beg tangan sahaja.

Tugasan ain di wisma adalah muat naik kandunagn website, bantu jabatan lain untuk update website mereka, dan semua ynag berkaitan dengan web. Memang kena sangat dengan kos. Memang betul tak mencabar, tapi ain nak belajar macam mana web dan sistem di sektor kerajaaan berfungsi. Memang ada banyak benda lain yang ain tak tahu.

Tapi xpa, ain akan belajar lagi. ada 6 bulan kat sini..Good Luck!!