Nuffnang Ads

Saturday, 5 September 2015

Atasi Kulit Kering & Gatal Ketika Hamil

Terdapat banyak perkara yang mempengaruhi kulit ketika hamil. Ibu hamil berisiko untuk mengalami kulit kering seterusnya beralih kepada kulit gatal. Kulit menjadi semakin sensitif dan anda mungkin berasa tidak selesa dengan keadaan baru ini.


Atasi Kulit Kering & Gatal

Kerap mandi merupakan kaedah yang paling mudah. Gunakan sabun yang mempunyai pH yang rendah atau sabun yang bertindak secara natural kepada kulit badan. Kurangkan penggunaan sabun yang anda guna ketika itu, jika anda masih mengalami keadaan yang sama atau semakin teruk.

Untuk mengekalkan kelembapan, aplikasikan penggunaan losyen, minyak zaitun atau krim pelembap badan seperti cocoa butter. Penggunaan pelembap yang berterusan mampu mengatasi kegatalan pada kulit seterusnya menghindarkan kulit anda dari masalah ruam.

sumber: google


Pakaian juga turut mempengaruhi kulit ibu mengandung terutamanya di bahagian perut. Ibu hamil harus mengenakan pakaian hamil yang selesa agar tidak berpeluh yang pasti menjadi ruam. Baju haruslah longgar dan diperbuat daripada material yang nipis tetapi menyerap peluh. Begitu juga dengan seluar atau kain. Terdapat banyak kedai yang menjual pakain untuk ibu mengandung terutama di eon jusco dimana purata harga untuk seluar sahaja bermula dari RM 49. Seluar tersebut mempunyai sokongan getah untuk perut dan bukan seperti getah pinggang yang biasa dipakai.

sumber: lelong.com.my
Namun, terdapat juga ibu yang tidak boleh mengenakan seluar seperti ini kerana mungkin akan berasa rimas dan sempit. Oleh itu, anda boleh mengenakan seluar yang mempunyai cawat pendek. Anda mungkin berasa selesa jika perut anda hanya dilapisi dengan baju sahaja. Gunakan gaun atau jubah mengandung yang diperbuat daripada material yang ringan dan lembut.


Kurangkan juga aktiviti luar yang banyak terdedah kepada panas dan terik. Cuaca panas akan menggalakkan pengeluaran peluh dan pertumbuhan ruam. Sekiranya anda sudah ditumbuhi ruam, segera mandi dan pastikan ia berada dalam keadaan kering. Ini penting untuk mengelak kan pertumbuhan bakteria.


Sampai disini sahaja saya boleh kongsikan. Penulisan adalah berdasarkan pengalaman. Terima kasih kerana membaca walaupun silent.. =)





No comments:

Post a Comment