Nuffnang Ads

Thursday, 27 August 2015

Checkup Air Gula

Salam,

Hari ni ain nak cerita tentang check up air gula di klinik ibu & anak Bangsar. Ain mendaftar pada pukul 8, dalam 15 minit dah siap daftar, ain dipanggil untuk ambil darah dan minum air gula. Tujuan minum air gula ini adalah untuk mengetahui paras gula dalam bdan seorang ibu. Sebelum itu, ibu dikehendaki untuk berpuasa pada malam sebelum hari untuk checkup. Kemudian, nurse akan ambil darah pada pelipat siku. Seriau..ain takpandang pon.

Lepas tu,baru minum air gula. Air gula die memang serius banyak, manis lagi macam kordial. Walaupun mereka dah letak perisa oren dalam tu, tapi ain tak boleh tahan. rasa nak muntah, loya..errr. Yang penting, jangan MUNTAH. Nanti kena buat lagi. Gigih abes kan dalm masa 7 minit.

Seterusnya, ain tunggu turn untuk checkup baby, macam biasa..check hb, air kencing, tekanan darah,perut dan dapatkan nasihat dari nurse. Ain dapat vit B, C, asid folik dan zat besi. huhu..banyak. Kemudian, ain dikehendaki untuk membuat suntikan ATT (anti Tetanus). Suntikan ini bertujuan untuk mengelak kancing gigi pada ibu dan anak. Sekiranya ibu mengandung lagi dalam tempoh 3 tahun, dos k-2 akan diberikan. Ain minta suntikan pada lengan kiri sebab nanti lenguh, kurang sikit effect untuk kita buat kerja.

Cukup 2 jam, ain dikehendaki untuk ambil darah semula. Memang rutin air gula, darah k-2 akan diambil 2 jam selepas darah pertama diambil. Kali ni ain hulur tangan kiri pula. Wah 3 mata jarum hari ni. Lenguh..  ahh..selesai juga. Kesian suami..tertidur2 dia.

Ain dapat time slip untuk ain dan suami. Total masa untuk checkup kali ni dari pukul 8 - 10.30. Ok2 lah..tapi dah mula pening, lapar, mengantuk.

Hehe...


No comments:

Post a Comment